Monday, July 14, 2008

Penginapan

Setelah kematu jari-jemari Prez dan panas cuping telinga teman sebantalnya menekan butang talipon membuat panggilan ke setiap rumah tumpangan di jajahan Karuizawa di Nagano-ken dan juga Gunma-ken, beginilah mesej yang diterima.

Ah: sume penuhh
Ah: dan sume ckp muri

Marilah kita beramai berguling2an menangis. Tetapi..... jeng jeng jeng. Semangat juang ku masih tinggi. Hendak seribu daya. Maka daku pun membuatlah operasi seperti biasa berjalan ke blog2 dengan menaip di google search "karuizawa cottage". Terjumpa pulak cerita budak2 Tokodai pergi Karuizawa Nov lepas di blog Nash sensei dan K.Aini Zakri. Dengan penuh harapan daku memberikan linknya ke Puan Prez supaya bertanyakan kekosongan.

Satu, dua, tiga dan empat, tiada apa ku dapat, bersamamu hanya penat... eh.. daku pun berdebar2 menghitung waktu menunggu jawapan dari Puan Prez.

Alhamdulillah, masih terdapat kekosongan di situ. Tempatnya Villa Human Pet Patutlah kosong lagi, binatang2 peliharaan lain tak dapat cuti dari tuannya kot. kekekekeke. Tapi berdasarkan cerita2 dari blog Nash sensei dan K.Aini, cottage ini amat memuaskan. Itu yang penting.

gambar hiasan. mungkin inilah cottage kita. Villa Binatang Peliharaan & Manusia.


Cottagenya sewa 5man. Satu orang 5sen dan tambah 1sen untuk BBQ. Pihak VHP akan sediakan arang, tempat bakar. Oleh itu, batton tugasan seterusnya diserahkan kepada Cik Manager dan Cik Naib Prez untuk memikirkan menu dan aktiviti, pembelian bahan etc dan sewaktu dengannya untuk BBQ.

Tahniah sekali lagi kepada Puan Prez dan suami kerana berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.

Budget Penginapan = 6,000 yen

No comments: